Soalan Lazim

Apa itu IGLinks.io?
IGLinks.io adalah perkhidmatan yang menyediakan pelbagai pautan berbeza dalam satu. Ia terbaik untuk anda apabila anda mempunyai lebih daripada 1 pautan yang ingin anda masukkan dalam Bio Instagram anda, jadi pengikut anda akan dapat mengakses semua pautan perniagaan atau sosial anda dengan hanya satu klik!
Bagaimana cara menggunakan IGLinks.io?
Langkah 1: Daftar akaun untuk IGLinks.io.
Langkah 2: Cipta pautan baharu dan berikan nama.
Langkah 3: Selepas anda mencipta IGLinks.io anda, anda boleh memasukkan sebarang maklumat yang anda perlukan dan pilih tema untuk pautan tersebut.
Langkah 4: Pergi ke akaun Instagram anda dan tampal ke dalam bio peribadi anda.
Langkah 5: Siap! Pengikut anda kini boleh klik pada IGLinks.io anda untuk mengakses profil perniagaan anda!
Apakah kelebihan menggunakan IGLinks.io?
Anda tidak perlu sentiasa menukar pautan di bio anda, yang mana anda boleh memanfaatkannya untuk membuat katalog produk. Ia menarik trafik ke laman web/blog anda dan merupakan alternatif yang lebih baik untuk menunjukkan semua profil anda kepada bakal pelanggan.
Siapa yang boleh akses IGLinks.io saya?
Pautan tersebut percuma untuk dilawati oleh orang awam selagi ia berada di bio peribadi anda.
Bolehkah penonton komen pada akaun IGLinks.io saya?
Tidak, mereka hanya boleh melihat kandungan.
Apa pakej yang IGLinks.io tawarkan?
IGLinks.io mempunyai tiga (3) pakej standard:
  • Pakej Percuma
  • Pakej Asas (RM29)
  • Pakej Pro (RM79)

  • Kami juga mempunyai pakej yang dikhaskan untuk jenama dan agensi:
  • Pakej RM3,999
  • Pakej RM6,999
  • Apa perbezaan antara pakej-pakej berbeza?
    • Untuk pakej percuma, anda boleh memiliki 1 akaun IGLinks.io, jumlah pautan tanpa had dan tema yang telah direka bentuk.
    • Untuk pakej RM29, anda mempunyai akses kepada statistik terperinci di sebalik IGLinks.io anda, 1 akaun IGLinks.io, jumlah pautan tanpa had dan tema yang telah direka bentuk.
    • Untuk pakej RM79, anda mempunyai akses kepada semua di atas, dan IGLinks.io anda tidak akan mempunyai iklan!
    • Untuk pakej RM3,999, ia 100% boleh disesuaikan, mempunyai akses kepada 300 akaun yang disertakan dengan pautan tanpa had, analitik dan tanpa iklan.
    • Untuk Pakej RM6,999, ia merangkumi segalanya daripada pakej RM3,999 ditambah dengan reka bentuk laman penuh oleh pereka kami.
    Butiran boleh didapati di laman web kami ( https://www.iglinks.io/#pricing )
    Bagaimana saya membeli pakej untuk akaun IGLinks.io saya?
    Selepas anda mendaftar akaun IGLinks.io, pergi ke “Profil Saya” dan klik pada “Bil” dan anda akan boleh memilih pakej mana yang ingin anda langgan.
    Apakah tempoh sah setiap pakej?
    Semua pakej adalah berasaskan langganan bulanan. Selagi anda terus melanggan akaun berbayar IGLinks.io, yuran langganan bulanan akan dikenakan.
    Saya ingin tahu lebih lanjut mengenai IGLinks.io dan apa yang boleh dilakukannya, ke mana harus saya pergi?